Sunday, October 17, 2010

Sendiri

aku berhenti,
berdiri kaku disatu sisi,
memerhati,
meneliti orang kesana ke mari,
ada yang berlari,
mengejar sesuatu yang tak pasti.

aku tetap masih di sini
cuba mengerti setiap gerak geri
adakah bisa ku turuti
atau sekadar biarkan mereka pergi

aku sendiri,
aku sepi,
ingin ku lari,
tapi kaki keras seperti besi,
aku tak mengerti,
kenapa aku tidak dapat lari dari permasalahan ini,
aku hanya perantau di universiti,
tidak mampu ku hadapi sendiri.






Tuesday, October 5, 2010

dulu dan kini

dulu,
kau bukanlah satu beban bagiku,
kau sentiasa ada bersama ku,
mnyaksikan bulan dan bintang dimalam syahdu,
sambil bernyanyi dengan suara yang merdu,
temani diri ku saat memandu,
agar hilang rasa mengantukku,
di kala bosan melanda diri ku,
kau lah peneman di waktu itu.

kini,
biarlah aku hidup mnyendiri,
kerna engkau sungguh membebani,
bulan dan bintang tidak lagi berseri,
kerna engkau tiada di sisi,
hidup ku semakin sepi,
kerna engkau tidak menemani.

mengapa harga mu terlalu tinggi?
tidak ada sedikit pun rasa simpati.
aku ini cuma pelajar universiti,
duit hanya dari ibubapa sendiri.

to: Malboro softpack :D

Sunday, October 3, 2010

kamu.

biar ku selimuti dingin malam mu,
agar tidak terganggu tidur nyenyak mu.

biar ku panyungi hujan perjalanan mu,
agar tidak basah baju celana mu.

biar ku kipas hangat tengahari mu,
agar tidak tersia titik peluh mu.

aku ingin baca otak fikiran mu,
agar ku tahu hendak mahu mu.

aku ingin warna warnikan dunia mu,
agar dunia ceria dengan gelak tawa mu.

aku ingin sentiasa ada disisi kamu,
agar bahagia hari hari mu.




<3 Haryzah

Saturday, October 2, 2010

Bau

berbaring aku di atas rumput,
melihat bulan yang bercahaya lembut,
bau rumput segar menyelubungi nafas ku,
bau yang ada di saat sepi ku,
disebalik bau rumput diserta kan satu bauan yang harum,
bau yang menenangkan hati,
bau yangku rindui selama ini,
ku pandang ke kiri,
hanya ada pondok yang sepi,
ku pandang ke kanan,
ku lihat dia melambaikan tangan.

aku berdiri, lalu berlari,
berlari meninggalkan bau yang sepi,
berlari menuju bau yangku rindui,
berlari menemui dia yang ku cintai.

cahaya bulan semakin malap,
pandanganku semakin gelap,
bau yang memberi tenaga untuk berlari,
kini hilang, aku berdiri.
aku jatuh,
jatuh terhempas,
graviti bumi  menghalangku tuk berlari,
aku tak mampu tuk berdiri,
aku berbaring semula,
berbaring di atas pasir pula.

kiniku sedar,
aku berada jauh darinya,
tidak mampu aku berlari kesana,
tidak mampu aku melihat kesana.
hanya baunya dapatku hidu,
disampaikan oleh angin yang syahdu,
datangnya pula tidak selalu,
aku kaku, semakin buntu.

Thursday, September 30, 2010

Aduh.

aduh,
amat sakit bila jatuh,
tapi ia lebih sakit dari jatuh,
hinggakan boleh menusuk tubuh.
impaknya sungguh besar,
terang jelas dan nyata bagaikan akhbar.

oh nyamuk,
nyah engkau sebelumku tumbuk,
ridsect ada bersamaku,
jangan kau ganggu tidur malamku.

:)))))))

Wednesday, September 29, 2010

Asap

bukan kami pinta jadi begini,
bukan niat tak nak berhenti,
tapi terlanjur susah tuk berhenti,
1001 cara kami cuba,
1001 kali gagal dihempap bah,

kau kata kami bodoh,
kami sajalah yang bodoh,
kau kata buang duit,
bakar duit sungguh perit,

biar saja kami sakit,
satu hari kita semua kan sakit,
biar saja kami mati,
hidup memang berakhir dengan mati,
biar saja kami sempit,
hidup tak selalunya berakit.
  

Tik Tok Tik Tok

setiap saatku bagaikan seminit,
setiap minitku bagaikan sejam.
aku mahu masa pantas berlalu,
seperti kilat yang membelah angin,
seperti cahaya yang menghangatkan dingin.

aku ingin pulang ke negeriku,
kerna di situlah ibuku,
kerna di situlah kekasihku,
kerna di situlah sahabat handaiku,
kerna di situlah duniaku.

bukan ku tak suka hidup di negeri orang,
bukan ku tak punya rakan tuk berjuang,
katakan saja aku manja,
katakan saja aku cengeng,
aku tak kisah,
engkau tak salah,
hanya diriku insan yang lemah.