Thursday, September 30, 2010

Aduh.

aduh,
amat sakit bila jatuh,
tapi ia lebih sakit dari jatuh,
hinggakan boleh menusuk tubuh.
impaknya sungguh besar,
terang jelas dan nyata bagaikan akhbar.

oh nyamuk,
nyah engkau sebelumku tumbuk,
ridsect ada bersamaku,
jangan kau ganggu tidur malamku.

:)))))))

Wednesday, September 29, 2010

Asap

bukan kami pinta jadi begini,
bukan niat tak nak berhenti,
tapi terlanjur susah tuk berhenti,
1001 cara kami cuba,
1001 kali gagal dihempap bah,

kau kata kami bodoh,
kami sajalah yang bodoh,
kau kata buang duit,
bakar duit sungguh perit,

biar saja kami sakit,
satu hari kita semua kan sakit,
biar saja kami mati,
hidup memang berakhir dengan mati,
biar saja kami sempit,
hidup tak selalunya berakit.
  

Tik Tok Tik Tok

setiap saatku bagaikan seminit,
setiap minitku bagaikan sejam.
aku mahu masa pantas berlalu,
seperti kilat yang membelah angin,
seperti cahaya yang menghangatkan dingin.

aku ingin pulang ke negeriku,
kerna di situlah ibuku,
kerna di situlah kekasihku,
kerna di situlah sahabat handaiku,
kerna di situlah duniaku.

bukan ku tak suka hidup di negeri orang,
bukan ku tak punya rakan tuk berjuang,
katakan saja aku manja,
katakan saja aku cengeng,
aku tak kisah,
engkau tak salah,
hanya diriku insan yang lemah.

Tuesday, September 28, 2010

Tidak Lagi Hijau.




aku tidak faham mengapa mereka dirogol kejam,
salahkah meraka yang memberi kita nafas?
salahkah mereka yang mendingini bumi?
satu per satu hutan diteroka,
pokok ditebang tidak kira usia.
apakah salah mereka?





Monday, September 27, 2010

I LOVE YOU

kenali dirinya dari friendster,
sebelum cuti hujung semester.
berkomen panjang hingga ke pagi,
ditemani dengan secawan kopi,
tersenyum sendiri di bilik yang sepi.
hidup indah berseri-seri.

bahagianya bila dilamun cinta,
adakah dibalas dengan cinta yang sama?
takut bertepuk sebelah tangan,
jadi mat jenin yang hanya berangan.

PLKN memanggil ku pergi,
FS MS terpaksa ku tinggali,
hati sedih dunia ku sepi,
tanpa orang yang ku minati.

walaupun malu meminta nombor,
ku bakar keberanian bagaikan obor,
bila diberi hatiku 'happy',
3 bulanku sangat bererti.

FS MS ku biar sepi,
kerna 'handphone' sentiasa berbunyi,
petang malam hingga ke pagi,
'keypad' ditekan dengan jari jemari.

satu april menjadi sejarah,
ku lamar dia menjadi kekasih,
dijawab 'ya' penuh perasaan,
hati gembira tidak terungkapkan.

aku dan dia masih bersama,
suka dan duka dilalui bersama,
tiada apa yang boleh memisahkan kami,
kerna cinta dihati kami.
 



Aku Si Pengarut.

Apa yang ku tulis, ditaip jariku.
Kau boleh baca kau boleh lihat.
Tiada paksaan, tiada bayaran.
Kalau tak suka, tak mengapa.
Terserah aku nak tulis apa.

Mengarut?! Aku tak heran.
Kerna akulah si Pengarut.